Thursday, April 26, 2012

Cable

kabel. 


- kabel merupakan medium melalui maklumat yang biasanya bergerak dari satu rangkaian yang lain. ia juga merupakan sala satu medium di mana maklumat bergerak dari suatu peranti rangkaian ke peranti lain. 


contoh-contoh kabel


1. (UTP) Unshielded Twisted Pair cable (aliran melalui karen)
2. (STP) Shielded Twisted Pair cable (aliran melalui karen)
3. Coaxial Cable (aliran melalui karen)
4. Fiber Optic Cable ( aliran arus melalui cahaya)
5. Wireless LANs






(UTP) Unshielded Twisted Pair cable








" kabel yang mempunyai empat pasang wayar di dalam jaket. setiap pasangan dipintal dengan bilangan yang berbeza dengan ranjau setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan yang bersebelahan dan alat-alat elektrik yang lain.


fungsi
- mengurangkkan gangguan
       cth: apabila A berkomunikasi dengan B dalam satu panggilan. jika terdapat panggilan              lain, ia akan menghalang atau tidak melibatkan mana-mana panggilan lain.




terdapat lima kategori yang melibatkan UTP



biasanya standard UTP menggunakan kable

         "RJ- 45 connector"


kelemahan UTP adalah ia mungkin terdedah kepada radio dan gangguan frequency elektrik. 



STP (shield twisted pair)
- sesuai utk pskitaran y mpunyai gnguan eletrik
- kabel sepaksi mempunyai pengalir kuprum tunggal didalamnya
- lapisan plastik diluar memberikan penebat antara pengalir teras dengan braided metal shield. 
- logam berpelindung membantu mnyekat sebarang gangguan luaran seperti cahaya fluorecent, motor dan komputer2 len.hehehe

KEGUNAAN
- membawa isyarat jalur lebar atau frekuensi tinggi.cth: pemancar frekuensi tinggi.

KELEMAHAN
- sekiranya frekuensi tinggi, keseimbangannya akan menurun..
- kos yang mahal










Monday, April 2, 2012

network topology

1. Definisi :
           - topologi  rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer disambung secara permetan. ianya terbahagi kepada dua iaitu:
                                    a. topologi fizikal
                                    b. topologi logikal

a. topologi fizikal
- paparan sebenar alat-alat yang disambungkan kepada rangkaian, termasuk tempat dan pemasangan kabel.

b. topologi logikal
- merujuk kepada cara bagaimana ia beroperasi (memindahkan data) bagaimana ia bertentangan dengan paparan tersebut.


Jenis-Jenis Topologi Rangkaian.

1. Topologi bas (bus)
2. topologi bintang (star)
3. topologi cincin (ring)
4. topologi Mesh

1. Topologi Bas (bus)

topologi bas (bus)

Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.

Kebaikan

1. mudah untuk menambah dan mengurangkan komputer.
2. kurang kabel dan penggunaan lan yang tidak terbatas.
3. murah
4. sesuai untuk rangkaian yang kecil

Keburukan

1. jika tulang belakang (backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah, rangkaian tidak dapat berfungsi.

gambar rajah:  kedudukan nodes,backbone dan terminator


2. memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang.
3. sukar mengesan kerosakan
4. perlu pengulang(repeater) jika jarak LAN jauh.

repeater

5. perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan pelanggaran (collision) data.

peralatan yang digunakan

1. Jenis NIC   - Ethernet card, Local Talk
2. Cabel         - Coaxial , twisted Paid, Fiber Optic
3. Connector  - BNC, BNC T-connector, RJ-45,ST-connector, SC-connector
4. Terminator - Terminator 50 ohm



2. topologi Bintang (star)


gambar rajah topologi bintang

- Topologi bintang menyambungkan setiap node (komputer dan peralatan lain) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.

Kebaikan

1. Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
2. Mudah mengenalpasti masalah
3.  Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.

Kelemahan

1. Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
2. Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
3. Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.

Ciri-Ciri

1. Pusat topologi bintang ialah HUB.
2. sagmen-sagmen bertemu di HUB
3. setiap alat memerlukan kabel tersendiri untuk dihubungkan ke HUB
4. jenis topologi yang lebih banyak
5. senang untuk dikekalkan dan disambungkan.

peralatan yang digunakan

1. Jenis NIC         - Ethernet Card, LocalTalk
2. Kabel              - Twisted Pair, Fiber Optic
3. Connector       - RJ-45, ST Connector, SC Connector
4. Protokol          - Ethernet, Local Talk
5. Hub/Switch     - 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub/Switch 8 ports , 
                             Ethernet Hub/Switch 16 ports




topologi Cincin

gambar rajah : Topologi Cincin (ring)

- topologi cincin adalah satu rangkaian komputer dimana setiap nod disambung dengan dua nod yang lain membentuk satu laluan sejajar untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya. setiap nod akan gagal berfungsi atau kerosakan pada kabel berlaku menyebabkan semua nod akan akan terasing dari topologi cincin. 


oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan diantara satu sama pautan. satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing daripada topologi cincin. 


Ciri-Ciri topologi Cincin


1. tidak ada permulaan dan penutup
2. semua alat boleh mengakses secara sama rata
3. "single ring" iaitu data berpindah dalam satu hala sahaja
4. setiap alat harus menunggu giliran untuk disiarkan
5. jenis kabel yang digunakan ialah "token Ring" (IEE 802.5)


Kelebihan


1. data berpindah pada kelajuan yang tinggi
2. tiada pelanggaran
3. lebih mudah untuk mengenal pasti kesilapan
tidak memerlukan penamat.


Kekurangan


1. memerlukan lebih banyak kabel berbanding topologi bas
2. satu kerosakan pada sambungan menyebabkan keseluruhan sambungan terganggu
3. tidak biasa digunakan berbanding topologi bas - tidak terdapat banyak peralatan.


Jenis peralatan yang digunakan


1. Jenis NIC   - Ethernet, Local Talk.

Topologi pohon (TREE)



gambar rajah topologi pohon (tree)

- kombinasi antara topology bintang dan topologi bus.