Tuesday, March 6, 2012

week 2. Enjin carian (search Engin)

a. Pengenalan

enjin carian ialah salah satu perisian yang direka bentuk untuk membantu para pengguna untuk mencari maklumat di World Wide Web (WWW). Ia merupakan sala satu program komputer yang memberi kemudahan kepada para pengguna untuk melayari dan mencari maklumat dengan mudah.

b. Contoh-contoh enjin pencarian
              1. google: www.google.com
              2. Yahoo : www.yahoo.com
              3. Ask
              4. MSN
              5. Dll.hehehe

> antara contoh-contoh enjin carian yang terdapat dalam internet.

c. Bagaimana enjin carian web bekerja untuk kita


          enjin carian bekerja dengan menyimpan maklumat mengenai banyak laman web daripa para pengguna mendapatkannya melalui HTML. Enjin carian ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu.

1. crawlers (spider atau bot)
     - ia melompat dari link ke link dan mengindeks laman webserta mencari maklumat untuk dimasukkan kedalam pangkalan data. Ianya boleh juga dikatakan bergerak pada siang hari dan bila enjin carian kurang sibuk dan selalu melawat laman-laman web yang dikemaskini. oleh sebab itu kebanyakan laman web atau blog yang sentiasa dikemaskini akan berada diatas enjin carian. cara terbaik untuk menaikkan ranking blog anda adalah dengan meletakkan keywors yang spesifik dalam kandungan blog anda (entri-entri blog).

2. Index
    - apabila crawler siap mengenalpasti teks yang ada dalam laman web anda, teks tersebut kemudiannya disusun dan diindeks untuk memudahkan kita semua mencari sesuatu dengan hanya menaip keyword ke dalam kotak enjin carian. satu helah untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di enjin carian adalah dengan mendaftarkan website atau blog anda dengan google page rank dan Alexa.com, untuk menampakkan kepentingan website dan blog kepada crawlers.seperti yang saya katakan, website atau blog yang paling aktif akan berada pada halaman keptusan carian terawal dalam enjin carian tersebut. pengguna internet pula lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat carian mereka daripada sumber-sumber yang muncul di halaman depan enjin carian seperti google dan Yahoo.

3. Searh Interface
       - enjin carian memberi kemudahan interface untuk pengguna mencari maklumat dalam internet dengan hanya menaip keyword atau frasa, dan kemudian interface akan membuat pengiraan algoritma dan mencari website dan blog yang berkaitan untuk pengguna tersebut. Algoritma ini penting untuk perniagaan atau blog-blog yang melibatkan SEO (searh engine optimization). untuk pengetahuan anda, algoritma kesemua enjin carian adalah tidak sama. masing- masing mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza. anda hanya perlu membiasakan diri dengan setiap enjn carian berfungsi untuk membolehkan website atau blog anda sentiasa kekal sekurang-kurangnya di halaman pertama jika tidak berada di kedudukan pertama dalam setiap enjin carian yang ada. 



d. Konklusi..
      - enjin pencarian banyak memberi manfaat kepada pengguna. Ia dapat membantu mengurangkan beban kita dalam mencari maklumat maklumat penting dan juga mengakses sesuatu laman web dengan mudah dan ringkas. Walaubagaimanapun, para pengguna haruslah belajar, dan berusaha bagaimana caranya untuk menggunakan enjin carian tersebut. sekian